Powered by Blogger.

Sunday, December 26, 2010

FENOMENA BLACK HOLE - NOMBOR 123 AJAIB

Dalam astronomi dan ilmu fizik, kita mengenal adanya suatu fenomena alam yang sangat menarik iaitu lubang hitam (black hole). Lubang hitam adalah suatu entiti yang memiliki medan graviti yang sangat kuat sehingga setiap benda yang telah jatuh di persekitaran zon magnetik tersebut (daerah di sekitar inti lubang hitam), tidak akan boleh keluar lagi. Bahkan radiasi elektromagnetik seperti cahaya pun tidak dapat melarikan diri, akibatnya lubang hitam menjadi “tidak kelihatan”. Ternyata, dalam matematik juga fenomena yang unik wujud dan mirip dengan fenomena lubang hitam iaitu bilangan lubang hitam. Walau pun ianya hanya sebagai analogi dengan kejadian sebenar lubang hitam, namun uniknya fenomena matematik ini amat menarik sekali. Apakah yang dimaksudkan dengan bilangan lubang hitam ini atau bagaimana sebenarnya bilangan lubang hitam itu? Mari kita bermain-main sebentar dengan angka yang mewujudkan hasil yang unik ini.



Cuba anda pilih sesuatu nombor sesuka hati. Nombor pilihan anda mestilah bermula dengan sebarang nombor positif (bilangan mulai dari 1 sehinggalah sebarang nombor yang boleh mencapai sebarang angka -tak terbilang). Sebagai contoh, katakanlah 141.985. Kemudian hitunglah jumlah digit genap, digit ganjil, dan total digit bilangan tersebut. Dalam kes ini, kita akan dapati 2 digit genap, 4 digit ganjil, dan 6 jumlah digit). Lalu gunakan digit-digit ini (2, 4, dan 6) untuk membentuk bilangan berikutnya, iaitu 246.
Ulangi hitung jumlah digit genap, digit ganjil, dan total digit pada bilangan 246 ini. Kita dapatkan 3 (digit genap), 0 (digit ganjil), dan 3 (jumlah total digit), sehingga kita peroleh 303. Ulangi lagi hitung jumlah digit genap, ganjil, dan total digit pada bilangan 303. (Catatan: 0 adalah bilangan genap). Kita dapatkan 1, 2, 3 yang dapat dituliskan 123.

Kesimpulan Susunan Hitungan adalah seperti berikut:

141.985 >> 246 >> 303 >> 123

Jika kita mengulangi langkah di atas terhadap bilangan 123, kita akan dapatkan 123 lagi. Dengan demikian, bilangan 123 melalui proses ini adalah lubang hitam bagi seluruh bilangan lainnya. Semua bilangan di alam semesta akan ditarik menjadi bilangan 123 melalui proses ini, tak satu pun yang boleh lolos nombor unik ini.
Tapi benarkah semua bilangan akan menjadi 123? Sekarang mari kita cuba suatu bilangan yang bernilai sangat besar, sebagai contoh katakanlah


122333444455555666666777777788888888999999999.

Jumlah digit genap, ganjil, dan total adalah 20, 25, dan 45. Jadi, bilangan berikutnya adalah 202.545. Lakukan lagi iterasi (pengulangan), kita peroleh 4, 2, dan 6; jadi sekarang kita peroleh 426. Iterasi sekali lagi terhadap 426 akan menghasilkan 303 dan iterasi terakhir dari 303 akan diperoleh 123.

122333444455555666666777777788888888999999999 >> 202545 >>426 >> 303 >> 123 -> Nah, muncul lagi angka 123.

Sampai pada titik ini, iterasi berapa kali pun terhadap 123 akan tetap diperoleh 123 lagi. Dengan demikian, 123 adalah titik absolut sang lubang hitam dalam dunia bilangan.


Namun, apakah mungkin saja ada suatu bilangan, terselit di antara rimba raya alam semesta bilangan yang jumlahnya tak terhingga ini, yang dapat lolos dari jeratan maut sang bilangan lubang hitam, sang 123 yang misteri ini?

Cuba fikirkan betul-betul…Carilah sebarang nombor yang mungkin lolos daripada nombor unik 123 ini.
Contoh-contoh lain untuk tatapan anda adalah:

Contoh 1
322324.254596874
8615 => 224 => 303 => 123

Contoh 2
254.369
336=>123

Contoh 3
1548121368
5510 => 134 => 123

Contoh 4
1 => 011 => 1232

Hei..nombor 123 lagi…uniknya nombor 123 ini

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

My Blog List

Blog Archive